#cover hot choc milk akan diupdate nanti
Aku bercadang hendak mencari kerja. Aku tak nak dah status ‘penganggur’. Selamat tinggal status ‘penganggur’. Omma aku larang aku berkerja tetapi aku tetap keras kepala macam batu konkrit. Omma aku kata appa dah kerja. Siap ada syarikat sendiri, cukup untuk menyara aku dan omma. Tapi duduk dekat rumah bosan. Appa kerja, omma selalu pergi senam aerobik. Oppa pula belajar di Australia. Jadi hari ini, aku keluar mencari kerja. Time to work.
Selama 2 jam lebih, aku pergi mencari kerja. Lama gila. Macam cari artis pula. Tetapi itu tidak menghalang aku untuk terus berjuang. Cari punya cari. Akhirnya, aku terjumpa satu restoran yang memerlukan kerja kosong. Depan pintu kedai tersebut terlekat satu kertas yang tertulis ‘Jawatan Kosong Diperlukan Segera’. Tanpa melengahkan masa, aku tergopoh-gopoh masuk ke dalam restoran tersebut. Aku bertanyakan seorang pekerja perempuan GK Café.
“Kerja kosong ada?” Tanyaku dengan soalan yang kurang cerdik. Dah tertulis depan pintu kerja kosong diperlukan. Aigoo!
“Masih ada. Awak ke orangnya?” Balas gadis itu dengan tertibnya.
Aku mengangguk perlahan-lahan.
“Sila ikut saya.”
5 jam setengah aku melalui percubaan akhirnya aku berjaya mendapat kerja di kafe tu. Penat tahap gaban. Kata pekerja tadi aku boleh start kerja esok. Pelik. Bingung. Boleh ke dia terima aku begitu saja. Kelibat bos pun aku tak nampak. Apa apa je lah. Yang penting aku dapat kerja.
**********************************
Esok,
Pelik bin ganjil. Aku bangun awal hari ini. Pukul 8 pagi. Mimpi ke ni? Selalunya aku bangun 10 pagi. Al-maklumlah dapat kerja excited sangat. Aku bersiap sedia untuk pergi bekerja.
Sesudah sampai aku di sana, dengan girang aku berkata. “Anyeonghaseyo.” Semua pekerja menjawab. Baik sungguh pekerja kat kafe ni.
“Anyeong. Saya Jiyeon. Awak pekerja baru kat sini kan?” Tanya seorang ‘rakan’ sekerja aku.
“Anyeong. Saya Na Eun. Ya, saya pekerja baru. Tolong tunjuk ajar.”
3 petang. Sudah 6 jam aku bekerja. Thanks to God. Semuanya berjalan dengan lancar. Sedang asyik aku bekerja, aku melihat seorang pemuda masuk ke dalam dapur kafe. Pekerja ke? Lambat datang report bos.
“Sape lelaki tu? Kenapa dia datang lewat? Kenapa dia tak pakai uniform pekerja?” Bertubi-tubi aku mengajukan soalan kepada Jiyeon.
“Oh. Dia tu lah bos kita. Garang macam singa.”
Garang macam singa? Tipu. Singa garang makan orang. Dia tak. Aku berlari anak kearah bos.
“Anyeong, bos. Kita kawan boleh?” Aku ni seorang yang suka gurau. Tanpa segan-silu aku berkata begitu.
“Apa kawan-kawan! Pergi buat kerja!” Jerkah bos aku. Nama dia Gikwang. Harap je muka kacak tapi perangai sebaliknya.
Aku tahu yang dia pandang kearah lain terus aku menghadiah jelingan yang paling tajam. Nak kawan je lah, bukan couple!!!
1 minggu bekerja,
Gikwang’s POV
Na Eun menarik aku sehingga ke taman tepi kafe.
“Apa tarik-tarik ni? Pergi sambung kerja!” Kataku dengan nada marah.
“Bos, minggu lepas saya tanya kita kawan? Tapi bos jerkah saya pula. Jadi hari ni saya nak tuntut bela.”
“Dah seminggu berlalu. Baru nak tuntut bela?”
“Mestilah bos! First week bekerja dah buat ‘hal’!”
Na Eun’s POV
Bos mengadiahkan senyuman kepada aku. Aisyh, jarang senyum. Seminggu aku bekerja, baru bagi senyuman. Kata aku dengan nada pelik dalam hati.
Sorry. Wafaa ambik lgu rancak. Pause pun x pe. & sorry again, bcoz storyline beterabur. :)
No comments:
Post a Comment